Thursday, 25 October 2012

KELEBIHAN ZIKRULLAH


Zikrullah adalah mengingati Zat Allah dan merupakan suatu amalan ibadah yang sangat besar darjatnya dan amat tinggi nilainya di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Zikrullah merupakan intipati bagi segala amalan ibadah. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang boleh dikerjakan tanpa batas dan had. Solah yang tidak disertai dengan Zikrullah adalah Solat yang lalai. Begitulah juga dalam setiap amalan ibadah fardhu yang lain seperti Puasa, Zakat dan Haji, sekiranya tidak disertai Zikrullah ianya akan menjadi amalan ibadah yang lalai dan kurang nilai pahalanya. Antara firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala berkenaan keutamaan Zikrullah adalah sebagaimana berikut:
 
  فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Al-Baqarah ; 152
 
 
 وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
 
Dan berzikirlah mengingati Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."
Ali Imran : 41

No comments:

Post a Comment