AMALAN
Zikir memiliki berbagai kelebihan sepertimana yang masyhur
dinyatakan dalam kitab-kitab Hadits. Hadhrat Hafiz Ibnul Qayyim Rahmatullah ‘alaih
yang merupakan seorang ‘Ulama Hadits telah menyatakan berbagai-bagai penjelasan
mengenai kelebihan Zikir. Beliau menyatakan terdapat lebih dari seratus faedah
yang dapat
diperolehi menerusi amalan Zikir dan telah beliau nukilkan sebanyak tujuh puluh
sembilan faedah di dalam sebuah risalah yang bertajuk Al-Wabil.
Hadhrat Maulana Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi Rahmatullah ‘alaih
telah meyalin faedah-faedah itu satu persatu secara ringkas dalam kitabnya Fadhail
Zikir dan hamba pun menyalinnya sebagai berikut:
1.
Zikir adalah menjauhkan Syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2.
Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu Wa Ta’ala redha.
3.
Zikir adalah menjauhkan dukacita daripada hati manusia.
4.
Zikir adalah menggembirakan hati.
5.
Zikir adalah menguatkan badan dan menyeronokkan sanubari.
6.
Zikir adalah sinaran hati dan muka.
7.
Zikir adalah menyebabkan datangnya rezeki dengan mencurah-curah yakni memurahkan
rezeki.
8.
Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan kegagahan
yakni dengan memandang wajahnya seseorang merasa gentar 9. Zikir adalah
melahirkan cinta sejati terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana cinta itulah
merupakan Ruh Islam, jiwa agama dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Barang
siapa ingin mendapatkan cinta Ilahi itu maka hendaklah dia berzikir
sebanyak-banyaknya. Sebagaimana mutala’ah dan muzakarah itu merupakan pintu
kejayaan ilmu, demikianlah Zikrullah itu merupakan pintu Cinta Ilahi.
10.
Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah dan Muraqabah itu membawa seseorang
kepada martabat Ihsan. Denganadanya martabat Ihsan maka manusia dapat beribadat
kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah dia melihatNya dan keadaan seperti
inilah yang merupakan tujuan asasi daripada perjuangan Para Sufi.
11.
Zikir adalah membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulatbulatnya kepada
Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan
dalam
setiap keadaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala menjadi pelindung dan pembantu
baginya.
12.
Zikir adalah membawa seseorang kepada Taqarrub yakni mendekatkan diri kepada
Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya dia bertambah
dekat kepada Allah dan sebaliknya jika dia bertambah lalai daripada berzikir
maka dengan sendirinya dia bertambah jauh daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
13.
Zikir adalah membukakan pintu Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
14.
Zikir adalah melahirkan di dalam hati seseorang akan keagungan dan kehebatan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan melahirkan semangat buat merapatkan diri
denganNya.
15.
Zikir adalah menyebabkan Allah Subhanahu wa Ta’ala ingat kepada seseorang yang
ingat kepadaNya sepertimana disebutkan di dalam Al-Quran: “Fazkuruni
Azkurkum.” Ertinya: Kerana itu ingatlah kamu kepadaKu
nescaya Aku ingat pula kepadamu. Dan diterangkan pula di dalam Hadits: “Man
Zakarani Fi Nafsihi, Zakrtuhu Fi Nafsi.” Ertinya:
Barangsiapa mengingati Aku di dalam hatinya, nescaya Aku mengingatinya pula di
dalam hatiKu.”
16.
Zikir adalah menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyah Rahmatullah ‘alaih berkata
bahawa perbandingan Zikrullah dengan hati seseorang adalah ibarat ikan dengan
air. Ingatlah, apakah halnya ikan itu jika ia tidak berada di dalam air?
17.
Zikir adalah santapan bagi Ruh dan Hati. Andaikata jika kedua-duanya tidak dapat
menikmati santapannya maka adalah sama seperti badan yang tidak dapat
makanannya.
18.
Zikir adalah membersihkan hati daripada karat kekotorannya sepertimana diterangkan
di dalam Hadits bahawa tiap-tiap sesuatu ada daki dan kekotoran baginya. Daki
dan kekotoran hati ialah keinginan dan kelalaian yang tidak dapat dibersihkan
melainkan dengan berzikir.
19.
Zikir adalah menghapuskan dosa dan maksiat.
20.
Zikir adalah menghapuskan keraguan dari seseorang terhadap Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Sebenarnya hati orang yang lalai itu diselubungi oleh rasa ragu atau gelisah terhadap Allah
Subhanahu Wa Ta’ala. Ianya dapat dihapuskan hanya oleh Zikrullah.
21.
Orang yang berzikir dengan mensucikan Allah Subhanahu Wa Ta’ala, memujiNya,
mengagungkanNya dan mengesakanNya, maka kalimah-kalimah zikirnya itu akan
berpusing-pusing mengelilingi ‘Arash Allah Subhanahu Wa Ta’ala sambil menyebut
nama penzikir itu dengan suara yang perlahan.
22.
Barangsiapa ingat kepada Allah dalam kesenangan, Allah Subhanahu Wa
Ta’ala
ingat pula kepadanya dalam kesusahan.
23.
Zikir adalah melepaskan orang yang berzikir itu daripada azab Allah
Subhanahu
Wa Ta’ala.
24.
Zikir adalah menyebabkan turunnya Sakinah ketenangan dan Para Malaikat melingkungi
orang-orang yang berzikir itu.
25.
Zikir adalah menyebabkan selamatnya lidah seseorang yang berzikir itu daripada
menumpat, mencela, berdusta, maki hamun dan bercakap yang sia sia. Telah
dibuktikan oleh kenyataan bahawa barangsipa yang membiasakan lidahnya dengan
berzikir maka terselamatlah daripada sifat-sifat yang keji. Sebaliknya orang
yang tidak biasa dengan zikir maka dengan sendirinya dia terlibat di dalam
keburukan dan sifat-sifat yang keji itu.
26.
Majlis-majlis zikir adalah seperti majlis Para Malaikat sebaliknya majlis kelalaian
yakni majlis yang peserta-pesertanya lalai daripada berzikir adalah seperti
majlis Syaitan. Kini terserah kepada manusia, sertailah majlis mana yang suka.
Menururt kebiasaan manusia sukakan akan sesuatu yang sesuai dengan sikap dan
perangainya.
27.
Zikir adalah memasukkan orang-orang yang berzikir itu ke dalam golongan orang-orang
yang berbahagia dan demikian juga mereka yang mendampinginya. Sebaliknya
orang-orang yang lalai dan membuat kerja-kerjayang sia-sia adalah tercampak ke
dalam kancah kecelakaan. Demikian juga orang-orang
yang menyertai mereka itu.
28.
Zikir akan memelihara seseorang yang berzikir daripada menyesal pada Hari Qiyamat.
Di dalam Hadits ada disebutkan bahawa majlis-majlis yang terkosong daripada
Zikrullah menyebabkan mendapat kerugian dan menyesal pad Hari Qiyamat.
29.
Jika seseorang yang berzikir sambil menangis-nangis dalam keadaan sunyi diri maka
pada Hari Qiyamat dia akan ditempatkan di bawah naungan ‘Arash Ilahi di mana
manusia akan berteriak dan menjerit-jerit kerana kepanasan hari yang amat
dahsyat itu.
30.
Pada hati manusia ada suatu bahagian yang tidak subur melainkan dengan
Zikrullah.
31.
Zikrullah adalah merupakan pohon di dalam Syurga.
32.
Segala-gala amalan adalah diwajibkan semata-mata kerana Zikrullah.
33.
Orang yang menyibukkan dirinya dengan berzikir maka Allah Subhanahu Wa Ta’ala
mengurniakan kepadanya lebih daripada orang yang meminta kepadaNya. Di dalam
sebuah Hadits ada disebutkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Barangsiapa
yang tertahan oleh zikirKu daripada berdoa nescaya Aku berikan kepadanya lebih
daripada yang Aku berikan kepada orang-orang yang berdoa.”
34.
Sungguhpun zikir merupakan suatu ibadat yang ringan dan mudah sekali namun ia
adalah lebih afdhal dan utama daripada seluruh ibadat kerana menggerakkan lidah
itu lebih mudah daripada menggerakkan seluruh badan.
35.
Nikmat dan kekurniaan yang diberikan Allah kepada seseorang kerana zikir tidaklah
diberikan kerana amal-amal yang lain yang mana diterangkan di dalam mafhum
sebuah Hadits: “Barangsiapa yang membaca kalimah: La
Ilaha Illa Allahu Wahdahu La Syarikalahu, Lahul Mulk Wa Lahul Hamd, Wa Huwa ‘Ala
Kulli Syai in Qadir, sebanyak seratus kali pada suatu hari maka Allah
memberikan pahala kepadanya yang seimbangan dengan memerdekakan sepuluh hamba
sahaya dan dicatitkan di dalam buku amalannya seratus kebajikan, dihapuskan
daripadanya seratus dosa, dipelihara daripada godaan Syaitan dan tidak sesiapa
pun yang lebih afdhal daripadanya kecuali orang yang amalan-amalannya telah
melebihi.”
36.
Seseorang yang berzikir berterusan dengan secara Istiqamah, dia akan terselamat
daripada melupakan dirinya yang menyebabkan kecelakaan Dunia dan Akhirat,
kerana melupakan diri sendiri dan muslihat-muslihatnya bererti melupakan Tuhan
dan yang melupakan Tuhan nescaya akan tercampak ke dalam kancah kerugian.
Diperingatkan oleh Allah di dalam Kitab Suci Al- Quran pada Surah Al-Hasyar
ayat 19 yang ertinya: “Dan janganlah kamu seperti orang-orang
yang lupa kepada Allah lalu Allah menjadikan kamu seperti orang-orang yang lupa
kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” Yakni
janganlah kamu menyerupai orang-orang yang tidak menghiraukan Allah, lantas
Allah menjadikan mereka tidak menghiraukan diri mereka sendiri yakni akal fikiran mereka
dilemahkan
sehingga
mereka tidak dapat menjalani jalan yang menuju ke arah kejayaan yang hakiki
kerana apabila manusia melupakan dirinya maka dengan sendirinya dia terlalai
daripada muslihat-muslihatnya dan akhirnya dia akan menjadi mengsa kebinasaan.
Sepertimana seorang petani yang melupakan sawah atau ladangnya, tidak
menghiraukannya sedikit pun. Maka tentulah sawah atau ladangnya itu tidak akan
mendatangkan hasil apa-apa dan akhirnya keadaan berubah menjadi belukar.
37.
Seseorang akan merasai keamanan dan ketenangan jiwa manakala dia membasahi
lidahnya dengan berzikir sehingga dia cinta kepada zikir. Sepertimana seorang
yang cinta kepada air ketika dia mengalami dahaga yang amat sangat atau cinta
kepada makanan ketika dia lapar ataupun cinta kepada pakaian dan rumah kediaman
semasa dia merasai panas atau dingin yang amat sangat, bahkan Zikrullah itu
lebih mustahak lagi kerana jika segala-gala yang disebutkan itu tidak tersedia,
maka tubuh ksar manusia saja mengalami kebinasaan sedangkan tanpa zikir, Ruh
dan Hati juga akan mengalami kebinasaan.
38.
Zikir adalah merupakan suatu pohon yang setiap masa mendatangkan buah Ma’rifat.
Menururt istilah ‘Ulama Tasawwuf, pohon itu mendatangkan buah Ahwal dan
Maqamat. Semakin zikir itu diperbanyakkan semakin akar pohon itu terkukuh dan
semakin akarnya kukuh semakin pohon itu mengeluarkan buah-buahannya.
39.
Zikir adalah sumber syukur. Barangsiapa yang tidak mengingati Allah Subhanahu
Wa Ta’ala, dia tidak dapat bersyukur kepadaNya.
40.
Dengan zikir, seseorang manusia mencapai kemajuan dan kejayaan dengan secara
terus menerus ketika dia beristirehat ataupun berada di pasar, ketika dia sihat
ataupun sakit, ketika dia sibuk dengan mengecap kenikmatan hidup ataupun berada
dalam serba kekurangan. Pada setiap masa dan dalam setiap keadaan dia mencapai
kejayaan. Tiada suatu apa pun yang menyebabkan dia mencapai kemajuan dengan
secra terus menerus kecuali dengan zikir. Jika hatinya telah bersinar dengan
sinaran zikir, maka dalam setiap keadaan dia meningkat ke martabat yang
setinggi-tingginya.
41.
Zikir adalah intisari Ilmu Tasawwuf yang diamalkan oleh setiap Ahli Tariqat. Jika
telah terbuka pintu zikir bagi seseorang bererti telah terbuka baginya jalan yang
menuju kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Barangsiapa yang telah menuju kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala nescaya dia telah mendapat segala-gala yang dikehendakinya
kerana tidak berkurangan apa-apa pada khazanah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
42.
Zikir adalah menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada
lalai. Selagi hati dan jiwa manusia tidak sedar maka selama itulah dia engalami
kerugian demi kerugian.
43.
Apabila zikir telah menguasai hati maka bukan saja ia menyubur ke bahagian hati
itu sahaja bahkan ia menjadikan orang yang berzikir itu hidup dengan makmur
walaupun dia tidak berharta benda, memuliakannya walaupun dia tidak berkeluarga
dan menjadikannya penguasa walaupun dia tidak mempunyai kerajaan. Sebaliknya
orang yang lalai daripada zikir pasti dia akan dihinakan walaupun dia mempunyai
harta benda, kaum keluarga dan kerajaan yang besar.
44.
Zikir adalah menghimpunkan kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang
telah terhimpun, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat, yakni hati
manusia yang diselubungi oleh berbagai-bagai keraguan, dukacita dan kegelisahan
itu semuanya dilenyapkan sama sekali dan dilahirkan ketenteraman dan ketenangan
jiwa dan hati atau jiwa manusia yang dikuasai oleh perbuatan-perbuatan yang
keji itu dibersihkan dan manusia yang senantiasa digoda dan dikuasai oleh
tentera-tentera Syaitan itu diceraikan daripadanya dan Akhirat yang jauh itu
didekatkan dan Dunia yang dekat itu dijauhkan dari jiwa manusia.
45.
Zikir adalah mendekatkan kepada Zat yang zikirnya dikerjakan sehingga mendapat
penyertaan denganNya sebagaimana diterangkan di dalam Al- Quran, “Inna
Allaha Ma’allazi Nattaqau,” yang bererti: Sesungguhnya
Allah Subhanahu Wa Ta’ala berserta orang-orang yang bertaqwa. Diterangkan di dalam
satu Hadits Qudsi, “Ana Ma’a ‘Abdi Ma Zakarani,” ertinya:
Adalah Aku menyertai hambaKu selama dia mengingati Aku. Di dalam sebuah Hadits ada
disebutkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Orang
yang mengingati Aku itu adalah orang Aku. Aku tidak menjauhkannya daripada RahmatKu.
Jika mereka bertaubat dari dosa-dosa mereka, maka Aku menjadi Kekasih bagi
mereka tetapi sebaliknya jika mereka tidak bertaubat maka Aku menjadi Jururawat
bagi mereka lalu Aku mencampakkan mereka ke alam kancah penderitaan supaya Aku
membersihkan mereka daripada dosa-dosa.”
46.
Penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang dicapai menerusi zikir itu adalah penyertaan
yang tidak ada tolok bandingnya. Hakikat penyertaan itu tidak mungkin dicatit
dan tidak pula mungkin dibicarakan. Kelazatannya dengan ertikata yang
sebenarnya boleh dirasai hanya oleh orang yang telah mencapainya. Ya Allah,
berikanlah kepadaku barang sedikit daripada kenikmatanNya.
47.
Zikir adalah seimbang dengan memerdekakan hamba, seimbang dengan membelanjakan
harta dan seimbang pula dengan berjuang pada Jalan Allah.
48.
Di dalam sebuah Hadits ada diberitakan bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam
pernah berkata kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Ya Allah,
Engkau telah menganugerahkan kepadaku nikmat-nikmat yang amat banyak maka tunjukilah
aku cara-cara bersyukur kepadaMu.” Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman
kepadanya: “Sebanyak yang engkau berzikir sebanyak
itulah engkau dapat bersyukur.”
49.
Di dalam Hadits yang lain diterangkan bahawa Hadhrat Musa ‘Alaihissalam
memohon kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala: “Ya Allah!
Bagaimanakah cara bersyukur yang sesuai dengan keadaanMu yang terunggul?” Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman: “Hendaklah lidahmu senantiasa
dibasahi dengan berzikir.”
50.
Yang paling mulia di antara orang-orang yang bertaqwa pada sisi Allah ialah yang
senantiasa sibuk dengan berzikir kerana natijah Taqwa ialah Syurga sedangkan
natijah zikir ialah penyertaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
51.
Pada hati manusia ada semacam kekerasan yang tiada berubah menjadi lembut
melainkan
dengan berzikir.
52.
Zikir adalah sumber persahabatan dengan Allah sebaliknya lalai adalah sumber
permusuhan denganNya.
53.
Tiadalah satu apapun yang menambahkan nikmat-nikmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala
dan menyelamatkan daripada azabNya lebih daripada Zikrullah
.
54.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala menurunkan RahmatNya kepada orang-orang yang berzikir
dan Para Malaikat berdoa untuk mereka.
55.
Barangsiapa yang ingin menikmati Syurga sedangkan dia masih berada di dalam
Dunia ini maka hendaklah dia menyertai majlis-majlis zikir kerana majlis-majlis
zikir itu adalah seumpama taman-taman Syurga.
56.
Barangsiapa senantiasa berzikir, dia akan memasuki syurga sambil tersenyum senyum.
57.
Amalan yang paling afdhal ialah amalan yang disertai dengan berzikir sebanyak-banyaknya.
Puasa yang afdhal sekali ialah puasa yang disertai dengan berzikir
sebanyak-banyaknya. Haji yang afdhal ialah haji yang disertai dengan zikir
sebanyak-banyaknya dan demikianlah Jihad serta amalan-amalan yang lainnya.
58.
Zikir adalah pengganti kepada ibadat-ibadat Nafilah. Sebagaimana yang diriwayatkan
di dalam sebuah hadits bahawa segolongan orang-orang miskin datang lalu merayu
hal mereka kepada Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan
berkata, “Ya Rasulullah, saudara kami yang berharta
benda telah meningkat darjat yang setinggi-tingginya disebabkan harta kekayaan
mereka. Mereka bersembahyang seperti kami bersembahyang, mereka berpuasa
seperti kami berpuasa tetapi kerana harta kekayaan, mereka telah mendahului
kami dengan mengerjakan Haji, Umrah, Jihad dan lain-lainya.” Sebagai menjawab
Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam bersabda, “Mahukah kamu sekelian
ku
ajarkan sesuatu untuk mencapai yang mendahului dan untuk mendahului sesudah
kamu sehingga tiadalah lagi seorang pun yang lebih afdhal daripada kamu kecuali
orang yang berbuat seperti yang kamu perbuat.” Selanjutnya Hadhrat Baginda
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, “Bacalah kamu sekelian: Subhanallah
Alhamdulillah Allahu Akbar selepas tiap-tiap Solat.” Ini
menunjukkan bahawa Hadhrat Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
menganggap zikir ini sebagai pengganti haji, umrah, jihad dan lain-lain bagi
yang tidak berada.
59.
Majlis Zikir adalah majlis Para Malaikat.
60.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala membanggakan orang-orang yang berzikir di hadapan
Para Malaikat.
61.
Zikir adalah rawatan bagi penyakit-penyakit hati.
62.
Zikir adalah pendorong bagi ibadat-ibadat yang lain. Dengan berzikir sebanyak-banyaknya
maka ibadat-ibadat yang lain itu menjadi mudah dan senang serta kelazatan
ibadat-ibadat itu pun dirasai benar, oleh itu semua ibadat itu dapat dikerjakan
tanpa keberatan dan kesukaran apa-apa.
63.
Dengan berzikir semua keberatan akan berubah menjadi ringan, setiap kesukaran
akan berubah menjadi senang, setiap bebanan menjadi ringan dan semua bala
bencana akan terlenyap.
64.
Lantaran zikirlah maka segala rupa ketakutan dan kebimbangan akan terhindar.
65.
Zikrullah adalah mempunyai kuasa yang terkhas untuk melahirkan ketenteraman dan
untuk melenyapkan ketakutan. Ianya mempunyai kesan yang teristimewa di mana
semakin berzikir sebanyak-banyaknya semakin itulah akan mencapai ketenteraman
dan akan lenyap ketakutan.
66.
Zikir adalah melahirkan kekuatan dan tenaga yang terkhas kepada manusia. Maka
dengan kekuatan itu dia dapat menyelenggarakan urusan-urusan yang agak sukar.
67.
Pemberes urusan-urusan keakhiratan adalah dahulu-mendahului di
antara satu dengan yang lain dan di dalam mendahului ini yang kelihatan di
hadapan sekali ialah orang-orang yang berzikir. Di dalam sebuah Hadits, Hadhrat
Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Telah
mendahului mereka yang Munfarrid.” Para Sahabat bertanya, “Siapakah yang
Munfarrid itu Ya Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mereka yang mengingati Allah
sebanyak-banyaknya kerana zikir adalah meringankan bebanan mereka.”
68.
Allah Subhanahu Wa Ta’ala sendiri yang membenarkan dan menguji orangorang
yang
berzikir. Orang-orang yang dibenarkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu
tidaklah akan dibangkitkan bersama-sama orang-orang yang dusta. Di dalam sebuah
Hadits ada disebutkan bahawa apabila seorang hamba mengucapkan: “La
Ilaha Illa Allah Wallahu Akbar,” maka Allah
Subhanahu Wa Ta’ala berfirman, “Benarlah ucapan hambaKu
bahawa tiada Tuhan melainkan Aku dan Akulah Maha Besar.”
69.
Zikir adalah menyebabkan terbinanya rumah di dalam Syurga. Apabila seseorang hamba
berhenti daripada berzikir maka Para malaikat berhenti daripada membina rumah
itu. Manakala mereka ditanyakan, mengapakah kamu berhenti daripada membina
rumah itu? Mereka menjawab bahawa perbelanjaannya belum lagi tiba.
70.
Di dalam sebuah Hadits ada disebutkan bahawa barangsiapa mengucapkan: Subhanallahi
Wabihamdihi Subhanallahil ‘Azim” sebanyak tujuh
kali nescaya dibinakan satu menara untuknya di dalam Syurga.
71.
Zikir adalah perisai atau pendinding bagi Neraka Jahannam. Barangsiapa yang dimasukkan
ke dalam Neraka kerana amal perbuatannya yang tidak baik maka zikirnya itu
menjadi pendinding di antaranya dengan Neraka Jahannam. Semakin banyak zikir
dibuat maka semakin kuatlah pendinding itu.
72.
Jika seseorang yang berzikir di atas sebuah gunung atau di tanah datar maka tempat
tersebut akan merasa amat bangga. Di dalam sebuah Hadits ada iberitakan bahawa gunung-ganang
bertanya-tanyakan di antara satu dengan yang lain bahawa hari ini adalah
seseorang yang berzikir melalui di atas engkau. Jika diberitahukan bahawa ada
yang melaluinya sambil berzikir, maka ia berasa gembira lagi bangga.
73.
Nur Zikir adalah sentiasa bersama orang yang berzikir itu sama ada di Dunia mahupun
di dalam Kubur dan ia memimpin di Titian Sirat. Ia tidak berpisah di mana-mana
pun. Diperingatkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Kitab Suci al-Quran
pada Surah Al-An’am ayat 122 yang bermaksud, “Apakah orang
yang sudah mati kemudian Kami hidupkan dia dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan
cahaya itu dia dapat berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan
orang yang keadaannyaberada di dalam gelap gelita yang tidak dapat keluar
daripadanya?” Orang pertama itu beriman kepada Allah
Subhanahu Wa Ta’ala yang hatinya bersinar cemerlang dengan cinta makrifat dan
zikirnya sementara orang yang kedua itu ialah yang terkosong dari sifat-sifat
tersebut. Penghasilan Nur adalah sesuatu yang teragung sekali, ianya membawa
kepada kejayaan yang gilang-gemilang.
74.
Para Malaikat beristighfar memohon keampunan bagi orang yang berzikir. Hadits
ada menyebut bahawa apabila seseorang hamba mengucapkan:
75. Memperbanyakkan zikir adalah merupakan sijil bagi kelepasan dari memunafikan kerana orang-orang yang Munafik tiada mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala melainkan sedikit. Hadhrat Ka’ab Ahbar Radhiyallahu ‘anhu berkata, “Barangsiapa berzikir sebanyak-banyaknya maka terpelihara dia daripada kemunafikan.” Subhanallahi Wabihamdihi atau Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, maka Para Malaikat berkata, “Ya Allah, ampunilah dia.” Adalah termaklum bahawa doa Para Malaikat itu tidak ditolak malahan terus dikabulkanNya.
76. Berbanding dengan amalan-amalan yang baik maka zikir mempunyai suatu kelazatan yang tidak di dapati pada amalan-amalan yang lain. Hadhrat Malik bin Dinar Rahmatullah ‘alaih berkata bahawa seseorang tidak akan berasa lazat dari suatu apa pun seperti kelazatan zikir.
77. Pada wajah orang yang berzikir itu di dapati kegembiraan di Dunia dan akan kelihatan Nur padanya di Hari Qiyamat.
78. Barangsiapa mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, dirumah, di dalam safar perjalanan dan ketika berada di kampung, maka dia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di Hari Hisab kelak.
79. Selama lidah sibuk dengan berzikir maka selama itulah dia terpelihara daripada perbicaraan yang sia-sia, berdusta, mengumpat dan sebagainya. Lidah itu sememangnya tidak mahu diam, ia akan sibuk dengan berzikir, kalau tidak sudah tentu dengan kesia-siaan. Demikian juga halnya dengan hati, jika ia tidak sibuk dengan mencintai Khaliq iaitu Allah Subhanahu Wa Ta’ala maka sudah tentu dia akan sibuk dengan mencintai makhluk.
80. Syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Ia mencampakkan manusia di dalam kancah kerunsingan dan kegelisahan dengan berbagai cara. Ia juga
mengerumuni mereka dari setiap penjuru. Orang yang halnya sedemikian rupa senantiasa berada di tengah-tengah lingkungan para musuh yang mana
tiap-tiap seorang darinya ingin menimpakan ke atasnya penderitaan demi penderitaan. Maka tiadalah apa-apa untuk mematahkan serangan-serangan
musuh itu melainkan Zikrullah.
No comments:
Post a Comment