ANTARA
syarat-syarat yang penting yang dikemukakan oleh Hadhrat Shah Waliyullah
Ad-Dehlawi Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Al-Qaulul
Jamil, bagi seseorang yang hendak melakukan Bai‘ah
hendaklah dia membetulkan pegangan dan I’tiqadnya supaya sesuai dengan I’tiqad
orang-orang Salih yang terdahulu seperti meyakini akan kewujudan dan keesaan
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tidak ada Tuhan melainkan Dia yang bersifat
dengan segala sifat kesempurnaan seperti Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha
Berkuasa, Maha Berkehendak dan Maha segalanya sebagaimana yang Allah Subhanahu
Wa Ta’ala telah menggambarkan Sifat-SifatNya menerusi sumber-sumber yang Naqli
dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
diteruskan oleh Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in.
Syarat
yang kedua, secara umumnya seseorang itu mestilah mengakui tentang wujudnya
Kenabian Para Anbiya ‘Alaihimus Solatu Wassalam dan mengakui pula Kenabian
Penghulu kita Hadhrat Sayyidina Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
secara khusus. Dia mestilah mematuhi dan mengikuti apa sahaja yang diperintah
dan dilarang oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam. Mestilah sentiasa mempercayai Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap perkara yang disampaikannya
sama ada tentang Sifat-Sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala, tentang perkara
Akhirat, tentang Syurga dan Neraka, tentang Mahsyar, tentang Hari Hisab,
tentang melihat Wajah Allah, tentang Qiyamat, tentang azab kubur dan lain-lain
lagi seperti yang telah disebut oleh hadits-hadits Nabawiyah yang sahih.
Syarat yang ketujuh ialah menyempurnakan kesemua
syarat-syarat tadi dan menumpukan perhatiannya kepada usaha batin iaitu menuju
Kehadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh
Hadhrat Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Nasai Rahimahumullah bahawa, Hadhrat
‘Auf Bin Malik Al-Ashja’i Radhiyallahu ‘Anhu telah berkata, “Kami berada
bersama Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
seramai sembilan orang atau lapan orang atau tujuh orang. Hadhrat Baginda Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda,“Apakah kamu
semua tidak berbai’ah dengan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Maka kami
pun menghulurkan tangan-tangan kami dan berkata, “Atas perkara apakah kami hendak
berbai’ah denganmu, Ya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam?” Hadhrat Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallambersabda, “Atas perkara
bahawa kamu hendaklah beribadat kepada Allah dan jangan mensyirikkan sesuatu
juapun denganNya, dan bersolat lima waktu dan mendengar dan taat.” Hadhrat
Maulana Shah Ashraf ‘Ali At-Thanwi Rahmatullah ‘alaih menyatakan bahawa Para
Sufi yang mulia mengamalkan Bai’at yang mana ianya dapatmenghasilkan keazaman
kuat untuk menyempurnakan hukum Syari’at yakni bersikap Istiqamah dalam amalan
Zahir dan Batin serta berjanji untuk melaksanakannya. Bai’at ini dikenali
sebagai Bai’at Tariqat.
Maka,
Bai’ah merupakan Sunnah dan ianya tidak dapat dinafikan. Sesungguhnya
kepentingan Bai’at Tariqat bukanlah kepada masyarakat umum tetapi sebaliknya
bagi mereka yang terdapat penyakit-penyakit yang tersembunyi di dalam hati.
Tanpa nasihat dan panduan dari seseorang Syeikh yang Haq lagi ‘Arif, seseorang itu
tidak akan dapat memahami tentang penyakit Ruhaninya. Jikalau seseorang itu
mengetahui penyakit Ruhaninya sekalipun, dia tetap tidak tahu apakah cara
penyembuhannya dan jika dia tahu sekalipun, dia akan menghadapi kesukaran untuk
mengubatinya kerana halangan-halangan dari Nafsnya, kerana itulah bimbingan
seorang Murshid Kamil amat diperlukan.
No comments:
Post a Comment